Kat bawah ni aku sediakan 10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita supaya lepas ni ramai la lelaki yang mudah untuk memahami wanita ni..
10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKImengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul² ikhlas??
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITAdiciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya!.
Dengan INFO yang aku rasa agak bagus la walaupun masih ada kekurangan di dalamnya para lelaki di luar sana dapat la mengetahui serba sedikit mengenai wanita ni dan aku bercakap untuk berpesan pada diriku sendiri supaya lebih menyayangi kaum wanita di masa² akan datang kerana aku juga pernah dikecewakan..
Sebelum aku mengakhiri entri pada kali ini aku tetap ada menyediakan madah untuk kita renung-renungkanlah bersama..
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH s.w.t. dari tulang rusuk kiri lelaki dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Sekian dulu daripada aku untuk entri kali ini.. Semoga kita mendapat sesuatu yang berguna di masa² akan datang..
owh...okey......18sx punye blog niy...hahahaha
ReplyDeleteape bnd laa adk merepek ney
ReplyDelete