NAME

Thursday, 20 October 2011

♥♥♥ KENAPA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥♥

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...;-{

♥♥♥ OHH IBU ♥♥♥

seorang ibu tetap setia mendengar setiap kata yg ingin disampaikan oleh anakny walaupon

 kdg kala ape yg diluahkan, dikatakan oleh anak ny membuat seorang ibu terluka ttapi dye 

tetap setia mendengar luahan anakny..begitu kuat semangat seorang ibu terhadap anak2 

ny..bg sy orang yg paling kuat semangat ny adalah seorang insan yg bergelar IBU..

kerana DIA tlah mlahirkan aq mmbsar kn aq dan byk brjasa serta berkorban utk aq..

I LOVE U MAMA..


********
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....maK
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekat......mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Renungkan:   

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?       
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...               
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ 

                   
Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....     


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
seorang ibu tdk akan meminta anak ny membalas jasa dan pengorbananya trhadap anak2 ny kerana DIA tahu anak2 ny tdk mampu utk memblas ny..kerana jasa seorang ibu teramat besar nilainya..tetapi mengapa kita meminta upah apabila DIA meminta prtlongan trhdap kite sdg kan DIA tdk pernah meminta kita bayar semula ape yg tlah DIA lakukan utk kite selama ini..

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa...

Wednesday, 19 October 2011

T-SHIRT CLASS 5C 2011

Assalamualaikum smue!! hey!! hey!! u alls smue how are today!! chieq yukiko hope u alls smue sihat n ceria2 slalu dsamping yg trsyg...
haa nie mzt ad yg excited n xsaba nk dgr cter dr chieq yukiko an.. haa kowg smue miss x nk dgr cter dr chieq yukiko...ehh!! haloh2!! chieq yukiko nie over plak an hehehe..(batak la plak aq nie)
oke lhaa ari nie chieq yukiko nk update entry bru psal statement tteeett...
hehehehe..
oke lhaa mlaz lha nk rasie2 nie nty kowg xnk bce plak an entry chieq yukiko ag at blog chieq yukiko nie..
oke chieq yukiko truz straight to the point lhaa sbb kowg mzt xsaba2 an nk tau ape tjuk ny..hehehe walhal tajuk ny suda trtulis pon diatas mzt lhaa u all smue suda tau an ape lhaa chieq yukiko nie..
ehh!! ehh!! chieq yukiko nie berceloteh pnjg plak an..
oke lhaa cter ny mcm nie..
huh chieq yukiko rse lega sgt sbb bju yg chieq yukiko design an tuu ad jgk yg nk..kpd yg xnk tuu trplang lhaa at kowg..chieq yukiko xnk pkse kowg..ag pon tshirt nie utk pd ssp yg nk.. chieq yukiko pham ad yg kkurangan duit utk bli tshirt nie an.. that's why lhaa chieq yukiko xnk pksa kowg an.. chieq yukiko pham keaadan kowg.. tp plezz lhaa jgn lha nk ktuk mngutuk sbb bkn sng nk design nie.. kalu xske wat care xske oke.. kalu xske tuu diam je lhaa.. sbb chieq yukiko mmg ad klebhan dlm bdang edit and design nie...
oke ckp psal tshirt nie.. harge ny rm 23 utk yg lengan pendek dan rm25 utk lengan pnjg..
oke at bwah nie chieq yukiko upload an skli gmbr tshirt tuu oke..
urmm rse ny suda ckup brbaloi lhaa tuu harge ny sbb bese ny kalu wat tshirt nie harge standard slalu ny rm28 ke atas..tp ape2 pon alhamdulillah lhaa.. kpd yg xnk tuu bkak2 an lhaa pntu ati kowg tuu utk bli tshirt nie..chieq yukiko nie bkn ape sbb tshirt nie utk klaz n knangan kite.. slame 5thun at skola smksag tu xkan lha kowg xnk ape2 yg bole wat knangan an.. ape2 pon trplang lha pd kowg mlaz chieq yukiko nk ckp ag da.. n mlaz nk pkse kowg da an..


nie lhaa rupe tshirt ny...hhheee ~~~

Monday, 17 October 2011

SAD AND WAITING U ♥♥♥

♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ Assalamualaikum u all!! ape kbar, shat x u all smue nie?? chieq yukiko hope u all smue sihat n happy2 slalu..oke
ari nie chieq yukiko nk cter psal mud chieq yukiko..so pd spe2 yg xske an entry  yg chieq yukiko update kli nie o xpaya lha bace oke..bole pg maen jauh2 heee...:)
chieq yukiko da 2 ari not in gud mud..bcause mnunggu somebody yg xmuncul2 dan tdk menepati janji ny...so chieq yukiko agk terkilan la jgk..send msj brkali n coll brkali tp dye xad bg response lgsung pon at chieq yukiko..trsentap chieq yukiko bler dye wat mcm tuu at chieq yukiko..or chieq yukio ad wat slah pd dye..tp kalu ad chieq yukiko mntx sorry..tp please bg lha response pd chieq yukiko..
jgn lha wat chieq yukiko trtunggu2.. yg chieq yukiko sdih sgt tuu sbb dye xad bg response ape2 pon..slalu ny if ad ape2 pon dye akn bgtau at chieq yukiko..tp kli nie xad pon..tuu yg chieq yukiko sentap plus tacink n sterus ny mud chieq yukiko xbpe oke.. dsbb an dye.. too dye chieq yukiko mntx tlg sgt2 plezz reply my msj n pick up your phone when i coll u.. i beg u so much.. if chieq yukiko ad wat slah pd awk chieq yukiko nk mntx maaf sgt2..mayb kslahan tuu chieq yukiko wat tanpa chieq yukiko seda.. I'M SO SORRY!!! PLEASE FORGIVE ME IF  ME IN FAULT..
please do not do this at me sayang..  ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥

Saturday, 1 October 2011

ERTI DI SEBALIK KESETIAAN ♥♥♥


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…